Pengikut dari kalangan selebriti Jemaah_Tabligh

Gerakan Tabligh banyak menarik pengikut dari kalangan ternama. Dari arena politik, mantan Presiden Pakistan Rafiq Tarar, Menteri ketua Sindh, Dr. Arbab Ghulam Rahim, mantan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif, dan mantan Jeneral Pakistan Javed Nasir secara aktif mengikuti kegiatan-kegiatan Tabligh. Dalam kalangan ahli sukan, ada Shahid Afridi, Saqlain Mushtaq, Mushtaq Ahmed, Mohammad Yousuf, Inzamam-ul-Haq, Saeed Anwar dan pemain bolasepak profesional seperti Karim Benzema dan Zinedine Zidane.Penyanyi terkenal Pakistan seperti Junaid Jamshed dan Abrar-ul-Haq juga aktif dalam gerakan dakwah Islam ini.Selain itu, Ijaz-ul-Haq (anak Jeneral Zia-ul-Haq) juga terlibat beberapa kali bersama Jemaah Tabligh.

Di Indonesia, Jemaah Tabligh juga telah menyentuh hati Salman Jugjawy Sakti iaitu bekas pemain gitar kumpulan Sheila on 7. Pada tahun 2006, dia telah keluar selama empat bulan ke Markas Antarabangsa Tabligh di Banglawali, Nizamuddin, New Delhi, India. Dia belum berhenti bermuzik namun memilih lebih aktif menjalankan dakwah maqami dan baironi dengan sangat intensif.Begitu juga dengan beberapa orang artis lainnya seperti penyanyi dangdut dan pelakon Saiful Jamil, bekas pemain gitar kumpulan thrash metal Indonesia, Betrayer iaitu Derry Sulaiman, Ray dan ahli kumpulan Nineball, kesemua bekas anggota kumpulan Peterpan kecuali Ariel, Beberapa ahli dari kumpulan seperti Slank, ST12 dan Dodhy Kangen Band, kesemua ahli kumpulan Matta dan Luqman dari Noah. Allahyarham Gito Rollies , Jamrud dan penyanyi dangdut Iwan Fals juga pernah beberapa kali terlibat khuruj bersama jemaah.

Di Malaysia, gerakan ini juga telah menarik ramai selebriti dan tokoh seperti pengarah dan pelakon Mohd Pierre Andre, Iwan Dangdut atau kini dikenali sebagai Iwan Syahman, bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya, bekas penyanyi dan penyanyi asal lagu 'Saya Anak Malaysia' iaitu Dr. SAM, Muhammad Radhi Razali atau dikenali sebagai Radhi OAG, anak kepada sutradara Dato' Yusof Haslam iaitu pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, bekas DJ radio KLFM, Irwansyah, Ahli DUN Perak, Y.A.B Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan penyampai radio Ikim.fm, Ustaz Ebith Liew.

Seterusnya usaha ini disokong oleh ilmuwan agama seperti Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don [4] juga Ustaz Azhar Idrus dan finalis program realiti Astro Oasis Pencetus Ummah iaitu Ustaz Haji Shahul Hamid. [5] Usaha tabligh juga pernah difilemkan dalam filem Melayu, 'Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang'. [6]

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak juga menyokong dan menghargai usaha tabligh ini dan pernah menghadiri Ijtima' Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan dan menziarahi Markaz Tabligh Malaysia di Masjid Sri Petaling, Selangor. [7] [8]


Barisan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah menziarahi pimpinan Syura Tabligh di Markaz Sri Petaling.

President Parti Islam SeMalaysia PAS, Y.A.B Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga menyokong dan menghargai usaha tabligh ini dan pernah menghadiri Ijtima' Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan dan menziarahi dan bermuzakarah dengan Syura di Markaz Tabligh Malaysia di Masjid Sri Petaling, Selangor.

http://m.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/40741-jamaah-tabligh-dan-pas